Urgent Sales Admin Online!

if2u network sdn bhd
27 Feb 12:15
Tap to enlarge photo. Swipe to view more photos

Job Description

IF2U NETWORK SDN BHD mengalu-alukan calon-calon yang memenuhi kriteria yang kami mahukan
untuk memohon jawatan kosong sebagai Admin Sales Online di syarikat kami.

CIRI-CIRI CALON:
• Berumur antara 18 - 30tahun
• Minimum SPM
• Wanita/Lelaki
• Bujang
• Melayu (Islam)
• Kemahiran yang diperlukan :
- Tahu mengenai asas dalam jualan online dan offline.
- Tahu bagaimana untuk menyampaikan dan cara terbaik untuk mengesyorkan produk kepada pengguna.
- Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dan jelas.
- Tahu bagaimana untuk memberikan penyelesaian terbaik terhadap masalah yang diadukan oleh pelanggan.
- Mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai target.

TANGGUNGJAWAB:
Jawatan : Admin Sales Online
Bertanggungjawab untuk menjaga Facebook Pages, Instagram dan Whatapps yang digunakan oleh
syarikat sebagai medium untuk berkomunikasi dengan pelanggan sedia ada dan prospek.
• Meneliti borang dari sistem online yang telah diisi oleh pelanggan.
• Berkomunikasi dengan pelanggan melalui telefon, berkenaan masalah yang dihadapi.
• Memastikan pelanggan benar-benar faham tentang servis yang ditawarkan.
• Menguruskan appointment booking untuk pelanggan dan memasukkannya kedalam Google Calendar kumpulan.
• Menjawab komen pelanggan melalui Facebook Page/Instagram/ Whatapps.
• Melakukan follow-up terhadap pelanggan.
• Membantu meningkatkan jualan produk syarikat.
• Berurusan dengan order dari stokis dan agen.
• Sentiasa berkomunikasi dengan admin yang bertugas untuk tujuan pemberian invoice dan resit.
• Mengambil tahu mengenai stok yang tersedia supaya tiada masalah stok apabila pembayaran deposit oleh stokis dan agen dilakukan.
• Mengikut SOP yang telah ditetapkan.
• Menyediakan laporan harian dengan lengkap.

KETERANGAN SYARIKAT:
IF2U Network Sdn Bhd sebelum ini dikenali sebagai Cold Touch Ent telah ditubuhkan pada 30hb Jun 2008.
Perniagaan berasaskan membekal bahan-bahan, kemudahan dan kepenggunaan teknologi dalam merevolusikan
penyampaian dan kepenggunaan bahan produk yang berkaitan dengan agama islam dan
memenuhi syarat Syariah negara Malaysia.

MANFAAT DAN KELEBIHAN BERSAMA SYARIKAT:
- KWSP
- Perkeso
- Elaun Kehadiran
- Cuti Tahunan, Cuti Sakit & Cuti Umum
- Bonus Tahunan
- OverTime
- Komisyen 1-3% daripada jualan keseluruhan bulanan.
- Latihan atau kursus bagi membantu pekerja meningkatkan kemahiran
- Peluang kenaikan pangkat berdasarkan prestasi

LOKASI:
IF2U NETWORK SDN BHD beroperasi berdekatan dengan Giant Taman Permata, Hulu Kelang berhampiran Zoo Negara. Tiada masalah pengangkutan di sini kerana berhampiran dengan jalan-jalan utama. Terdapat kemudahan awam yang
pelbagai dan merupakan kawasan tumpuan orang ramai.

CARA MEMOHON:
Hubungi pegawai yang bertugas Cik Suhaila di talian 03-41619313 atau melalui emel ke ****@***.***
Bagi tujuan penghantaran resume secara terus dan menghadiri temuduga terbuka, sila hubungi pegawai yang bertugas terlebih dahulu. Tanpa sebarang temujanji yang tepat, anda tidak akan dilayan.
Manakala, untuk tujuan pengahantaran permohonan melalui emel, sila hantarkan dokumen-dokumen seperti berikut:
1. Resume dan gambar berukuran passport yang sesuai pada resume
2. Imbasan (scan) sijil-sijil penting:
i. Sijil Pelajaran
ii. I/C
iii. Surat Sokongan (Jika ada)

Job Info & Requirement

Contract Type
Full-time
Job Type
Non-Executive
Job Categories
Others
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
All Genders
Language Required
Bahasa Malaysia
Own Transport
None
Experience Level
1-3 years
Minimum Education Required
Minimum SPM

Salary & Other Benefits

Maximum Salary
RM 1 100 - 2 000 per month
Other Benefit (Optional)
MANFAAT DAN KELEBIHAN BERSAMA SYARIKAT:
- KWSP
- Perkeso
- Elaun Kehadiran
- Cuti Tahunan , Cuti Sakit & Cuti Umum
- Bonus Tahunan
- Komisyen 1-3% daripada jualan keseluruhan bulanan.
- Latihan atau kursus bagi membantu pekerja meningkatkan kemahiran
- Peluang kenaikan pangkat berdasarkan prestasi

Company Info

Company Name
IF2U NETWORK SDN BHD
Company Description
Importer Of Digital Quran , Tawaf Watch & Islamic Product
Size
1-10 employees
Company No.
1255253-d

Contact if2u network sdn bhd

7020

Do you have questions? Ask Seller!

OK, GOT IT.