Anda seorang yang ceria, cergas, amanah dan seorang yang berdisiplin? Boleh bekerja dalam pasukan dan saling membantu? Jom sertai team Jajan Borong Bangi. Baca sampai habis sebelum hantar permohonan.
JENIS PEKERJAAN : SEPENUH MASA (6 hari seminggu : 8.30pagi - 7.00mlm) GAJI : RM1,200 sebulan LOKASI : SEKSYEN 3 BANDAR BARU BANGI
*KELAYAKAN MEMOHON* - Sekurang² mempunyai kelayakan SPM - Berumur 18 - 30 tahun - Tiada rekod jenayah - Jaga solat dan menutup aurat - Mesra, peramah, ceria, bersemangat tinggi dan cepat belajar - Berkemahiran dalam komunikasi dan keyakinan diri yang tinggi - Boleh bekerja mengikut waktu yang ditetapkan, hujung minggu dan cuti umum
*TUGAS JAWATAN* -Bertanggungjawab dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan stok (pembungkusan, pelabelan, memuat, memunggah, penyusunan stok dan kerja-kerja berkaitan - Memastikan stok mencukupi - Sentiasa memastikan kebersihan kedai - Memastikan barangan atau produk disusun dengan baik mengikut kehendak syarikat - Memeriksa stok dan memberitahu kepada team leader senarai barang yang perlu dibeli - Memberikan pertolongan kepada pelanggan seperti menolong mengangkatkan barang-barang pelanggan - Membungkus jualan yang perlu dipos - Menerima sebarang arahan dari pihak atasan untuk menjalankan tugas dari semasa ke semasa
Jika berminat sila whatsapp "PEMBANTU KEDAI" dan sertakan butiran anda ke ...