JURUSERVIS KAWALAN SERANGGA, Taman Melur, Ampang.RM 1,600 - 1,900 per month
Kamal & Kamal Pest Control ialah sebuah syarikat perkhidmatan profesional kawalan serangga dan makhluk perosak. Syarikat telah ditubuhkan semenjak 13 April 1985 dan beroperasi di 8 cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai 100 pekerja. Syarikat diiktiraf pensijilan MS ISO 9001 (Quality Management System).
Penerangan kerja:
1. Menjalankan perkhidmatan profesional kawalan serangga dan makhluk perosak seperti kawalan lipas, semut, tikus, anai-anai, pijat, hama, kutu & lain-lain di rumah individu, pejabat swasta, pejabat kerajaan dan lain-lain.
2. Memastikan setiap penjadualan kerja dilaksanakan dengan profesional dan mematuhi SOP.
3. Untuk menyediakan laporan dan keperluan dokumen kerja dengan baik.
4. Untuk menjaga hakmilik syarikat dan pelanggan dengan baik sepanjang masa.
5. Untuk memenuhi keperluan & kehendak pelanggan setiap masa dengan cemerlang, perhatian dan mesra.
6. Untuk mengambil setiap langkah yang wajar dan praktikal untuk mencapai visi, misi dan nilai teras syarikat.
7. Untuk memenuhi keperluan standard MS ISO 9001, MS ISO 14001 & 45001
8. Untuk mematuhi standard Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar syarikat setiap masa.
9. Untuk menjaga dan menggunakan hakmilik syarikat dengan baik dan tidak salahguna.
10. Untuk menjaga kerahsiaan sebarang maklumat syarikat pada bila-bila masa.
11. Semua wang tunai, cek dan dokumen P&C mesti dikendalikan dengan berhati-hati dan sewajarnya.
12. dan lain-lain berkaitan
Kelayakan kerja:
-Mempunyai Lesen D yang sah.
-Boleh memandu pickup manual.
-Komunikasi dan Penampilan yang Baik
-Jujur, Patuhi Masa , Amanah & Komited
-Boleh Bekerja Lebih Masa & Bekerja Luar Kawasan
-Boleh Bekerja Dalam Kumpulan
-Lelaki berumur 20 - 45 tahun.
-Cergas, Tahap Kesihatan & Fizikal yang Baik (Fit).
-Boleh bekerja berat
-Pekerja yang Berkualiti, Berdisiplin & Berintegriti
-Bebas Dadah & Alkohol
-PATUHI MASA. RAJIN.
-Patuh SOP & Bertanggungjawab
-Lengkap Vaksinasi Covid-19
Tawaran gaji:
Bayaran pada 1hb. Akaun CIMB.
Gaji Permulaan: RM1,600.00
Gaji Sah Jawatan (6 Bulan): RM1,700.00
Bulan ke-18-24: RM1,800.00
Bulan ke-25-36: RM1,900.00
Kenaikan gaji tertakluk kepada penilaian dan kelulusan dari semasa ke semasa.
Tuntutan Kerja Lebih Masa (OT):
Anggaran RM250.00 - RM500.00 sebulan. Bayaran pada 15hb. Akaun CIMB.
Jika berminat dan memenuhi kelayakan, sila email resume ke hr@kamalandkamal.com dan hubungi segera 019.392 3992.
Tarikh Temuduga akan dimaklumkan pada calon yang disenarai pendek.
Alamat Pejabat: Wisma Kamal & Kamal, No. 24 Jalan Melur 43, Taman Melur, 68000 Ampang, Selangor.
Telefon: 03.4297 4853
Hari & Waktu Syarikat Beroperasi:
Isnin - Jumaat : 8.30am - 5.30pm (Kerja Lebih Masa, bermula 5.30pm)
Sabtu : 8.30am - 1.00pm (Kerja Lebih Masa, bermula 5.30pm)
*Kerja lebih masa bergantung kepada penjadualan kerja
Jobs